INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

 

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN :

 

TAMADUN MELAYU

 

KONSEP DAN ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

 

Konsep Tamadun Melayu

dibentuk oleh sekumpulan manusia yang digolongkan secara luas sebagai

orang-orang Melayu yang bertumpu di Asia Tenggara/ Tanah Jawi.

Nilai yang sama:

1) Bahasa Melayu sebagai lingua franca

2) Agama Islam (majoriti)

 

Tamadun Melayu

Dua bentuk kerajaan pra-Islam:

1) Agraria: Funan, Angkor dan Majapahit

2) Maritim: Funan (Oc Eo), Langkasuka (Ligor), Kedah (Lembah Bujang), Perak (Kuala Selinsing),

Jambi, Surabaya dan Tuban

 

Tamadun Melayu pada awalnya dijejaki sejak zaman Paleolitik iaitu zaman

batu awal kira-kira 35,000 tahun yang lalu. Selepas itu diikuti dengan zaman Mesolitik

atau zaman batu tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, zaman Neolitik ataupun

zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan zaman Logam iaitu zaman

Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu. Contoh penempatan manusia yang

dijumpai pd zaman itu seperti Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) & Tingkayu (Sabah).

 

Umumnya asas Tamadun Melayu banyak merujuk kepada struktur sosial

masyarakat yang berlapis seperti sistem kasta, kerana banyak dipengaruhi oleh peradaban India.

Selain daripada sturktur sosial, kemunculan kerajaan awal Melayu juga memainkan peranan

dalam pembentukan tamadun Melayu.

 

Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam Melayu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.

 

 

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

 

Selepas kedatangan Islam, pandangan semesta Melayu telah berubah berteraskan

unsur-unsur akidah.  Walaubagaimanapun, masih banyak lagi unsur-unsur pandangan semesta

sebelum Islam yang diwarisi dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perubahan

pandangan semesta Melayu terhadap agama Islam boleh dilihat terutama sekali dalam aspek

ketauhidan dan penerapan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

 

 

1. ASPEK TAUHID

 

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi pandangan semesta orang Melayu, kerana Islam

melalui kitab suci Al-Quran mengandungi segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam

semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketakwaan dan ketauhidan kepada

Allah s.w.t.

 

2. NILAI-NILAI MURNI MASYARAKAT MELAYU

 

Kehadiran Islam juga telah mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu di mana mereka

lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran Islam.

Contohnya struktur masyarakat menjadi lebih tersusun & kepatuhan serta ketaatan kepada

ketua lebih diperkukuhkan lagi. Begitu juga dengan adat & pantang larang yang diamalkan

sejak dahulu.

 

 

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM PELBAGAI BIDANG

 

1. Bidang Persuratan


Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca bagi wilayah

kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari

China, Eropah dan juga India. Penggunaannya dalam bidang penulisan bermula dengan

skrip Sanskrit (pahlawi), seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (jawi), dan

akhirnya kepada penulisan dalam skrip Roman (rumi).Perkembangan ini amat berkait rapat dengan perkembangan tamadun Melayu sehingga ke

hari ini. Perkembangan bidang persuratan Melayu ini boleh dibahagikan kepada beberapa

bahagian seperti sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam.

 

 

2. Bidang Kesenian

 

Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi kesenian orang Melayu.

Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan peranan penting dalam

melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun. Kehidupan

orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang bersumberkan alam semula jadi,

sama ada dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan

manusia dengan kepercayaan dan agama mereka.

 

 

3. Bidang Sains dan Teknologi

 

Kegemilangan sains & teknologi yang dicapai oleh orang Melayu sangat unik kerana ia

mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang

Melayu. Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu

ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang

digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya.

 

Dalam bidang teknologi alam bina juga, orang-orang Melayu tidak ketinggalan, di mana

kemahiran ini dapat dilihat dalam pembinaan rumah dan masjid, contohnya Rumah Kutai,

rumah panjang, kubah dan juga masjid Kampong Laut, yang mempunyai keunikan yang

tersendiri.

 

 

4. Bidang Pendidikan

 

Di awal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan

tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab. Perkembangan

pendidikan ini sangat perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama. Sekitar

abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka. Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada

tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor. Ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran

Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya,

menyediakan para pelajar menguasai “3M” iaitu membaca, menulis dan mengira.

 

 

TAMADUN CINA

 

KONSEP DAN ASAS-ASAS TAMADUN CINA

 

- Bermula di Tanah Besar China

- Berkembang di wilayah-wilayah lain seperti perkembangan budaya Cina di Asia Tenggara,

benua Australia, Pulau Formosa, Amerika Utara dan Eropah

- Kepercayaan dan sifat-sifat budaya Cina yang berasal dari tanah besar masih diamalkan di

kebanyakan kawasan-kawasan yang lain

- Bangsa Cina terdiri drpd 5 gabungan kaum besar yg dikenali Zhonghua Minzu (bangsa

Tionghua)

- Konsep negara:

1) Zhong Guo (Tiongkok)

- Bermaksud ‘Negara Tengah’

 2) Zhong Hua (Tionghua)

- Gabungan Zhong Guo dengan Hua Xia

- Wilayah tanah jajahan pemerintahan dinasti Cina yg mengamalkan budaya Zhong Yen

3) Negara merujuk untuk ‘mengkeluargakan’ seluruh unit kenegaraan

- gabungan Guo (negara) dgn Jia(keluarga)

4) Konsep Zhong (taat) = asas sistem kenegaraan

5) Konsep Xiao (berbakti) = sistem kekeluargaan

6) Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem kenegaraan.

 

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN CINA

 

1. Konsep Tian

 

Konsep Tian merupakan pemujaan nenek moyang dan Tian.Konsep Tian atau langit

sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti

Zhou.Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks

etika Konfusianisme. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa

menentukan perjalanan hidup seseorang.

 

2. Konsep Dao

 

Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”.

Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk

                I. Menunjukkan satu jalan

                II.   Cara kelakuan

                III.  Tabiat ( Baik atau buruk )

Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan konsep metafizik.

Konsep Dao menurut Konfusius, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi

oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang

individu.

          

 

3. Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing

 

  Kitab Yijing ( The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk

  merujuk kepada kenyataan muktamad.

  Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji.

  Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam

tanpa pengakhirannya.

  Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut   manakala Yang mewakili

lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.

       

4. Keharmonian Tian dan Manusia

 

Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.

 Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi

fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .

    

5. Prinsip Zhong Yong

Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.

Ia juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian

keharmonian sejagat.

 

PENCAPAIAN TAMADUN CINA DALAM PELBAGAI BIDANG

 

-Uthman Bin Affan telah menghantar Saad bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibunya)

ke China pada tahun 651M bagi menyampaikan dakwah kepada Maharaja China.

-Hasilnya Yung Wei, maharaja Tang telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah

di bandar Canton atau Guangzhou.

-Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi.

 

1. GAYA TULISAN

 

Bentuk gaya tulisan Islam Cina untuk skrip Arab. Ia dapat dirujukkan pada apa-apa sahaja

jenis gaya tulisan Cina Islam, tetapi digunakan untuk merujukkan pada satu kesan yang

tebal dan tapered, seperti Karya tulisan Cina. Ia digunakan secara besar di masjid-masjid

di China timur.

 

2. SENI PERTAHANKAN DIRI

 

Pembangunan Islam dan pengambilalihan pada taraf tertinggi wushu Cina telah ada sejarah

yang lama. Banyak akarnya berasaspada Qing Dynasty persecution of Muslims. Masyarakat

Hui telah bermula dan menadaptasi banyak gaya-gaya wushu seperti bajiquan, piguazhang dan

liehequan. Ada daerah-daerah utama yang telah dikenali sebagai pusat wushu Muslim

seperti County Cang di Wilayah Hebei. Seni pertahanan diri ini adalah sangat lain

 

3. PERUBATAN

 

Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan

China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke

China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung.

 

4. PELAYARAN

 

-Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha

pelayaran. Contohnya: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China. Turut majukan bidang

pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan

kaedah ukuran air.

 

5. PEMBINAAN

 

Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian

keadaan di situ. Contohnya: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane

di Sian (Xian

 

 

 

 

TAMADUN INDIA

 

KONSEP DAN ASAS-ASAS TAMADUN INDIA

 

Tamadun terawal India bermula di Lembah Sungai Indus kira2 2350 S.M. Tamadun India ini juga

dikenali sbg kebudayaan Harappa.•Konsep permulaan tamadun dan budaya India bermula dgn

kedatangan org2 Aryan.•Kejayaan org Aryan bermulanya Zaman Vedik. Pengaruh Indo-Aryan

membawa kelahiran agama Hindu. Pada tahun 320 S.M, kerajaan2 kecil di India disatukan oleh

Dinasti Maurya di bawah pimpinan Chandragupta Maurya. Di bawah pemerintahan Asoka,

Dinasti Maurya berada di zaman kegemilangannya. Pada abad pertama masehi, orang Kushan

menubuhkan empayar di utara India. Selepas jatuh Empayar Kushan, muncul Dinasti Gupta yg

menyaksikan perkembangan pesat bidang kesenian, kesusasteraan, sains dan matematik.


 

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN INDIA

 

- Bergantung kepada falsafah dan pegangan agama masyarakat India.

- Hinduisme merangkumi idea agama, falsafah dan budaya.

- Mengandungi amalan kepercayaan kepada kelahiran semula, Tuhan yang mutlak,

peraturan sebab dan akibat, mengaungkan keadilan dan keinginan untuk melepaskan diri dari

kelahiran dan kematian.

- Agama suatu amalan hidup.

 

PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG

 

 

1. Segi kesenian.

 

-Pembinaan Kuil Hindu: Pembinaan kuil ditentukan oleh peraturan,merancang pemilihan

yang baik dan astronomi Budha.

-Masjid: Seni bina Islam menyatukan gabungan elemen arab dan Persian. Cth: Taj Mahal.

 

2. Seni Halus.

 

Bharata Natyam dan Kathak adalah tarian klasik yang selalu dipersembahkan dengan

irama lagu dan dram.

 

3. Seni Ukiran.

 

Pembuatan patung, tiang ukuran dan seni chiles.

 

4. Seni Lukis.

 

Candi dan kuil adalah ukiran daripada keagamaan dan hiburan.

 

5. Sains dan teknologi.

 

1) Matematik- Orang indian membangunkan matematik untuk menentukan tempat

pengorbanan astrologi

2) Astronomi- Astronomi dan kalender jyotisa merupakan bahagian utama veda dalam

pengiraan ahli astronomi.

3) Mereka percaya bahawa alam semesta terdiri daripada lima kombinasi:

Bumi, Api, Udara, Air, Spac.

4) Elemen perubatan merangkumi fisiologi,

pembedahan, pernafasan melalui latihan yoga,

pembiakan manusia dan veterinar telah muncul

sebelum tahun SM (Sebelum Kristus)

 

 

 

TAMADUN JEPUN

 

KONSEP DAN ASAS-ASAS TAMADUN JEPUN

 

Pemerintahan negara dilakukan secara demokrasi dengan menjadikan Maharaja Horohito

sebagai simbol negara. Bahasa Jepun sebagai bahasa pertuturan utama. Agama Shinto dan

Buddha diamalkan oleh masyarakatnya. Jepun mengamalkan island mentality (shimaguni kono)

dan sifat dualisme (honne, tatamae). Island Mentality - sebagai negara kepulauan, rakyat Jepun

merasakan diri mereka terpisah dengan masyarakat luar menyebabkan mereka tidak biasa

dan lebih menonjolkan keterampilan bangsa sendiri. Honne - sikap individualistik/tersendiri.

Tatamae - sikap memuaskan masyarakat.

 

 

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN JEPUN

 

Umumnya pandangan semesta Tamadun Jepun banyak didasari oleh kepercayaan

animisme iaitu kepercayaan menyembah alam semesta dan semangat. Kepercayaan yang

mempengaruhi pandangan semesta Tamadun Jepun dapat dikesan melalui artifak yang ditemui

di perkuburan dan tulang-tulang yang membuktikan mereka takut dan percaya terhadap sihir.

 

1. Entiti kuasa luar biasa yang memberikan pemeliharaan, menjaga dan mengasihi.

 

-Antaranya termasuklah konsep syurga dan dunia Konfusianisme, Amida, dewa-dewa

Shintoisme, dewa-dewa tempatan dan nenek moyang.

-Dibayangi di dalam kekuasaan politik serta keibu-bapaan.

-Upacara keagamaan yang diamalkan terhadap entiti ini adalah dengan bercirikan

penghormatan iaitu mengharapkan restu dan membalas segala pemberian.

-Kepercayaan yang mempengaruhi pandangansemesta mereka ini dapat dikesan melalui

artifak yang ditemui di perkuburan dan juga tulang- tulang yang membuktikan bahawa

mereka amat takut dan percaya kepada sihir dan hantu.

2. Asas kepada kejadian atau realiti bagi asas dalaman

 

 Dapat dilihat sebagai:

a) Tao oleh orang Cina

b) Neo-Konfusianisme Li, yang kebiasaannya diterjemahkan sebagai 'taakulan'

c) Hsin atau hati dan pemikiran

-Mazhab-mazhab dan tanah asal iaitu negara China yang menekankan kepercayaan kepada

Amida iaitu Dewa dalam pandangan semesta ini masih boleh menerima interpretasi metafizik.

 

 

PENCAPAIAN TAMADUN JEPUN DALAM PELBAGAI BIDANG

 

1. Menjadi kuasa terkuat ekonomi dunia.

Member tumpuan kepada pembangunan industri sebagai sebuah negara aman tanpa

perang. Pentingkan ilmu pengetahuan dan terbukti apabila kadar celik huruf di Jepun

hampir 100 peratus.

 

2. Sains dan teknologi

   - Sistem hidrolik mengawal banjir dan penggunaan air.

   - Pengetahuan pertanian padi sawah, semaian biji benih

   - Pengetahuan menggunakan logam dan kombinasinya.

 

3. Merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara Barat.

   - Kegigihan masyarakat bangunkan negara dijadikan contoh.

   - Masyarakat rajin dan menepati masa.

   - Kepandaian dunia barat diinformasikan dan disesuaikan dengan

  semangat masyarakat Jepun.

TAMADUN EROPAH

 

KONSEP DAN ASAS-ASAS TAMADUN EROPAH

 

- Perkara keduniaan adalah untuk kehidupan dunia semata-mata. Sebarang urusan adalah tidak

berkait atau bersangkut paut kepada agama semata-mata. Undang-undang yang dikawal adalah

secara longgar, bentuk atau cara pengawalan adalah tidak berasaskan iman yang kukuh.

Kebudayaan barat adalah tidak tunduk kepada peraturan-peraturan tertentu yang berbentuk kitab.

Menurut Dr. Haas dan Lecky, Tamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan

Tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata. Sumber utama pemikiran

Tamadun Barat adalah berasal daripada pemikiran Tamadun Greek Yunani yang mementingkan

logik akal dan kepercayaan kepada apa yang mampu dicapai oleh pancaindera.

-Tokoh utama:

1) Socrates = mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam

perbuatan.

2) Plato = Menghasilkan karya dan buku bagi panduan akhlak yang memandang ahli falsafah

sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika.

3) Aristotle = Memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari

kebenaran.

 

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN EROPAH

 

1. Agama dan kepercayaan:

- Tamadun Barat.

- Kuasa Rom (Kristian) di barat berjaya ditumbangkan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab.

-Tamadun Islam di Sepanyol berjaya menyedarkan orang Eropah dalam zaman gelap.

- Kuasa Kristian menganggap Islam mengancam tamadunnya.

- Perang Salib berlaku - hampir 200 tahun

- Kuasa-kuasa barat (Perancis, Inggeris, Belanda, Sepanyol, Portugis) menjelajah ke dunia

umat Islam.

- Tujuan - menghancurkan akidah dan kepercayaan Islam.

 

2. Sekularisme: Pemikiran tamadun barat.

 

- Maksud - kehidupan dunia tiada hubungan dengan agama dan dengan pemerintahan

(memisahkan agama dari negara)

- Maka, barat cuba menerapkan fahaman ini terhadap minda umat Islam - untuk melalaikan

(industri hiburan, kelab malam)

 

3. Akhlak dan nilai:

 

- Sistem nilai dalam tamadun barat tidak berdasarkan kitab Bible tapi mengikut akal dan

sentiasa berubah mengikut keadaan.

- Konsep 'Betul dan Salah' dirujuk kepada human good.

 

4. Sosial dan budaya:

 

- Mengamalkan dasar sosial yang bebas.

- Falsafah Atheism, Pragmatisme dan Hendonisme.

- Budaya pergaulan bebas dan pakaian mendedahkan aurat tidak menyalahi nilai budaya

manusia bertamadun.

 

5. Sains dan teknologi:

 

- Perkembangan sains dan teknologi bertujuan menghasilkan keuntungan maksimum tanpa

mengambil kira nilai-nilai akhlak dan hukum agama.

- Fokus - kepada duniawi dan keuntungan semata-mata.

 

PENCAPAIAN & KESAN TERHADAP TAMADUN ISLAM

 

Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara,Sepanyol dan Sicily. Pendapat

tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua

Eropah dan dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.  Proses

interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan.  Proses cara aman

berlaku melalui perdagangan.  Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara

orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik. Terdapat beberapa faktor berlakunya

perang Salib ini.Antaranya ialah: Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian kepada

penganut Islam Ketidakseimbangan ekonomi Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang

Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam

 

Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interaksi positif yang berlaku.

Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun

Greek (Yunani). Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa

pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang- bidang

sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam. Proses interaksi

antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila tercetusnya

perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14 masihi).

Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi) 

Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada

pertangahan kurun ke-7.

 

Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi. 

Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti

Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting

kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi

dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-orang

Eropah. Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni

muzik. Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan

memberi peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari seni ini.








Comments

Popular posts from this blog

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA : SUMBANGAN DAN PERANAN TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM, CINA, INDIA DAN JEPUN.

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Interaksi Tamadun Asia dan Kesesuaiannya di Malaysia