PENGENALAN TAMADUN ISLAM
Dihasilkan oleh :
Nur Aliya Aqilah Binti Azmi
P2E
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN AWAL TAMADUN ISLAM
- FAKTOR UTAMA KELAHIRAN TAMADUN ISLAM
- Faktor kelahiran Tamadun Islam adalah disebabkan oleh ajaran Islam itu sendiri.
- Al-Quran dan Sunnah sentiasa mengajak umat Islam supaya mempelajari dan mendalami pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang berguna.
- Islam menyuruh umatnya supaya berfikir dalam mencari kebenaran dan melarang mereka daripada menerima sesuatu perkara secara jahil atau ikut-ikutan sahaja.
- Ajaran Islam tidak hanya menitikberatkan soal kemantapan akidah sebagai teras pembangunan tamadun manusiawi tetapi turut menekankan betapa perlu dan pentingnya akidah dibina atas keyakinan berasaskan ilmu.
- Al-Quran menjelaskan bahawa kalimah-kalimah Allah yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran sarat dengan segala rahsia alam dan pelbagai khazanah ilmu pengetahuan yang tidak mungkin habis ditimba manusia.
- Wahyu Pertama yang wujud menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan dan menekankan peri pentingnya penggunaan akal dalam mencari kebenaran.
- FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
- Keterbukaan kepada tamadun lain.
- Kedudukan yang strategik.
- Keadilan yang menyeluruh.
- Politik yang stabil.
- Keyakinan umat terhadap ajaran Islam.
- Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana.
- Sumber ekonomi yang luas dan banyak.
- Kegiatan keilmuan yang meluas.
- Ketenteraan yang kuat.
- Prasarana yang sempurna.
DEFINISI
- Perkataan Tamadun berasal daripada kata terbitan maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi perbandaran.
- Ibn Khaldun (2006) menjelaskan Tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai syumuliah.
- Dari sudut istilah, Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada Al -Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w.
- Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam juga lahir daripada agama Islam sendiri.
- Dalam perkataan lain agama Islam-lah yang melahirkan Tamadun Islam. Berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang melahirkan agama mereka.
PRINSIP
- Memelihara agama: Islam mendidik penganutnya supaya menjaga kesucian agama dengan tidak melakukan sesuatu yamg boleh merosakkan agama Islam atau menjatuhkan aqidah Islam seperti amalan syirik ( menduakan Tuhan), khurafat (kepercayaan tahyul) dan murtad (keluar dari agama Islam. Penganut Islam juga diwajibkan mempertahankan negara daripada sebarang bentuk pencerobohan.
- Memelihara nyawa: Islam tidak membenarkan orang menyerang jiwa orang lain yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan. Jika dia diserang, wajib ke atasnya mempertahankan diri hingga ke akhir hayatnya. Jika dia mati kerana mempertahankan nyawanya, maka matinya bernilai di sisi Allah, iaitu mati syahid. Pemeliharaan diri setiap manusia daripada sebarang bahaya sentiasa digalakkan oleh Allah dan sebarang tindakan yang boleh mencederaan fizikal orang lain turut ditengah.
- Memelihara akal: Akal yang sihat ialah anugerah Allah Yang Maha Penyanyang. Dengan itu, kita wajib menjaganya dengan sebaik mungkin. Islam melarang melakukan sesuatu atau memakan atau minum sesuatu yang boleh menyebabkan rosak akalnya sama ada mabuk, gila atau sebagainya. Justeru itu meminum sesuatu yang memabukkan atau merosakkan akal adalah haram, kerana ia boleh merosakkan akal manusia.
- Memelihara maruah dan keturunan: Islam mengajar supaya umatnya menjaga maruah dengan baik dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik diri dan keluarga seperti kelakuan tidak senonoh atau percakapan yang tidak sopan (sumbang).
CIRI-CIRI
- CIRI-CIRI UMUM TAMADUN ISLAM
- Bersumberkan al-Quran dan al-Sunah.
- Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan.
- Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama.
- Sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia.
- Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.
- Dapat mengembalikan hak yang berhak yang meliputi sudut kenegaraan (hubungan di peringkat antarabangsa).
- Meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia.
- Berteraskan pendidikan dan ilmu pengetahuan.
- Penggunaan tulisan/ sistem tulisan yang dapat dilihat pada tugu peringatan, makam dan lain lain.
- CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM
1. RABBANI
- Ciri Rabbani menunjukkan bahawa Tamadun Islam didasari leh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan.
- -Ciri ini juga menjadikan umat Islam sedar bahawa tujuan penciptaan manusia adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
2. KESEIMBANGAN DAN KESEDERHANAAN
- Keseimbangan bermaksud seimbang antara dua keadaan yang bertentangan.
- Merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material), tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia, kepentingan individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai spiritual dengan material.
- Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi. Ia juga menepati keperluan dan peredaran zaman.
- Berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.
4. IDEAL DAN REALISTIK
- Sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai kepada seluruh kegiatan agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah SWT.
SUMBER
1. AL-QURAN
- Al-Quran bermaksud Kalam Allah.
- Tidak mengandungi keraguan, dan berisi ilmu, hikmah serta petunjuk berkenaan dengan kepercayaan, peribadatan, kemasyarakatan, pemerintahan dan hukum.
2. AS-SUNNAH
- Dari segi bahasa, dikenali sebagai perjalanan sama ada perjalanan yang baik atau buruk.
- Dari segi istilah, bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau pengakuan, sifat kejadian, akhlak dan sirahnya.
- Pengukuh kepada penjanaan tamadun Islam selain daripada al-Quran dan As-Sunnah.
- Contoh: Ijmak ulama', ijtihad, al-Qias, Masalih al-Musalah dan al-Istihsan.
- Akal pemikiran.
- Umat Islam hendaklah menggunakan akal fikiran dengan panduan dan petunjuk daripada al-Quran & as-Sunnah.
- Pemikiran manusia hendaklah berteraskan ilmu yang didasari ketauhidan kepada Allah SWT.
ASAS TAMADUN ISLAM
1. AQIDAH
- Berasaskan tauhid
- Menurut etimologi bahasa Arab ‘aqidah’ terbitan daripada ‘aqada’(ikatan atau simpulan) mengakui kekuasaan Allah s.w.t dan membenarkan
- keseluruhan ajaran Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh keyakinan yang mutlak.
- Sebagai Muslim, tidak ada perbezaan antara manusia sama ada bangsa, keturunan dan warna kulit di sisi Allah melainkan perbezaan daripada aspek iman.
- Maksud: Berkaitan dengan hukum-hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
- Matlamat syariah: Bertujuan memelihara lima perkara asas dalam kehidupan manusia, iaitu nyawa, akal, harta, keturunan dan agama.
- Pematuhan kepada syariah menyebabkan Tamadun Islam dapat berkembang dengan mantap dan utuh kerana ia dapat memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan umat manusia dapat dilaksanakan.
- Maksud: Berkaitan dengan hukum-hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
- Matlamat syariah: Bertujuan memelihara lima perkara asas dalam kehidupan manusia, iaitu nyawa, akal, harta, keturunan dan agama.
- Pematuhan kepada syariah menyebabkan Tamadun Islam dapat berkembang dengan mantap dan utuh kerana ia dapat memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan umat manusia dapat dilaksanakan.
- Ilmu merupakan elemen yang penting dalam membangunkan peradaban manusia.
- Belajar atau mencari ilmu itu adalah wajib, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam.
- Kewajipan ini juga bertujuan supaya umat Islam itu tergolong dalam umat yang cerdas dan terhindar dari kejahilan.
- Kehormatan dan kemuliaan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara juga terletak pada kekuatan ilmu setiap individu di dalam masyarakat.
MATLAMAT TAMADUN ISLAM
TERDAPAT ENAM MATLAMAT TAMADUN ISLAM
- Hubungan manusia dengan Penciptanya (Allah s.w.t)
- Hubungan manusia dengan manusia
- Hubungan manusia dengan alam ghaibat (malaikat,jin, syaitan)
- Hubungan manusia dengan alam nabatat (tumbuh-tumbuhan)
- Hubungan manusia dengan alam jamadat (benda-benda rigid)
- Hubungan manusia dengan alam hayawanat (haiwan-haiwan)
- Islam adalah agama fitrah, agama yang selaras dengan fikiran yang sihat serta sentiasa selari dengan peredaran zaman.
- Al-Dien Islam juga bersendikan tamadun yang tinggi yang dijelaskan dalam kitab suci al-Qur’an sebagai al-Dien yang luas dan menjadi pedoman bagi seluruh kehidupan manusia kerana Islam adalah agama berilmu, beradab, dinamik dan prograsif.
- Islam adalah al-Dien yang telah membentuk tamadunnya yang istimewa dan mempunyai perbezaan dengan tamadun sebelumnya (Tamadun Mesapotamia) atau selepasnya (Tamadun Barat).
- Tamadun Islam mempunyai matlamat yang selari dan sesuai dengan konsep al-Dien yang mencakupi cara hidup manusia yang serba lengkap di alam ini.
- Al-Dien Islam juga bersendikan tamadun yang tinggi yang dijelaskan dalam kitab suci al-Qur’an sebagai al-Dien yang luas dan menjadi pedoman bagi seluruh kehidupan manusia kerana Islam adalah agama berilmu, beradab, dinamik dan prograsif.
- Islam adalah al-Dien yang telah membentuk tamadunnya yang istimewa dan mempunyai perbezaan dengan tamadun sebelumnya (Tamadun Mesapotamia) atau selepasnya (Tamadun Barat).
- Tamadun Islam mempunyai matlamat yang selari dan sesuai dengan konsep al-Dien yang mencakupi cara hidup manusia yang serba lengkap di alam ini.
Comments
Post a Comment