INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN KESESUAINNYA DI MALAYSIA - TAMADUN CINA
INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN KESESUAINNYA DI MALAYSIA
· Tamadun Cina dalam pemantapan tamadun Malaysia
· Kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan
TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA
Relevansi Tamadun Cina di Malaysia dalam pelbagai bidang.
Bidang Politik.
Nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional (perpaduan nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.
Bidang Sosial.
Yang diidamkan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati (benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti (individu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme mungkin memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.
Bidang Psikologi
Rakyat Malaysia harus dibangunkan psikologinya agar selaras dengan aspek pembangunan yang lain terutama pembangunan kebendaan. Sifat-sifat psikologis yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga kerana keahlian dalam masyarakat dan pencapaian masyarakat; bersikap teguh terhadap pelbagai cabaran; tabah hati mengejar kualiti; dan adanya pembebasan psikologi (tidak rasa diri kurang penting). Dalam tamadun Cina yang bercirikan personalisme sebagaimana yang telah dibincangkan, pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima kebaikan dan memberi manfaat. Lanjutan daripada premis ini ialah kepercayaan bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakangnya harus dididik dan boleh dididik. Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, negara dan dunia, dan bukan untuk diri sendiri semata-mata. Nyatalah bentuk- bentuk pemikiran ini terdapat dalam tamadun Cina yang sememangnya relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi yang dingini.
Bidang Ekonomi.
Keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin din, semangat bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bag! teori organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.
Bidang Pendidikan
Pendidikan merupakan kunci pembangunan dan medium untuk merealisasikan Wawasan 2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan pengajaran. Dalam konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina yang relevan dan menarik hati ialah pertama, kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok; kedua, pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga, kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik; keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan keutamaan; dan kelima, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi. Nyatalah bahawa warisan-warisan ini adalah berpunca daripada humanisme, personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam tamadun Cina.
Bidang Alam Sekitar.
Isu ini menjadi semakin runcing dan memerlukan persetujuan konsepsi dan kerjasama di peringkat sedunia. Secara asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Sehubungan ini, tamadun harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu konsepsi yang rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajiban manusia bagi mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, Daoisme dan Buddhisme dalam tamadun China, manusia berkedudukan setaraf dengan alam, maka manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan tian dengan manusia". Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan bukan empirik. Walau apapun, keharmonian yang tertinggi darjatnya harus diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam semesta.
KEKUATAN TAMADUN CINA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN
Kesusasteraan dan kesenian
Sejarah kesusasteraan China bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan kembangannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa Cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditakluki oleh orang asing Mongggol (Dinasti Viran, 1279 1168) dan orang Manchu (Ch 1644-1911) Ini adalah kerana tulisan China tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat vang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan China dan penyebarannya.
Terdapat pelbagai genre sastera China klasik seperti puist, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi China yang terawal ialah Shi Jing yang mengandung 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11S 77ISM) hingga zaman Musim Bunga dan Musim Luruh (770SM-476SM) Antologi ini dikumpul pada masa Konfusius (551SM-479SM) di kawasan Lembah Hwang Ho. Secara amnya, puisi China berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atau diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.
Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsodi (rhapsody), dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau dikenali sebagai guwen adalah dominan dalam sastera klasik China dan mempunyai fungsi sosial dan politik
Drama China berkembang agak lewat kerana penaklukan Dinasti Yom (1779 -1368). Walau bagaimanapun, drama China dari jenis zaju-drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou'er Yuan (ketidakadilan Yuan).
Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mule berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera Cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat China dalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika.
Tamadun China juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun China. Sistem melodi muzik klasik Cina adalah kompleks kerana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun China adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan diletakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman Konfusius. Pada abad ke-8, kemasukan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di China terutamanya dengan kemasukan tamadun India dan Asia Tengah.
Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun Cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasilkan pelbagai bentuk tulisan China. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan China pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).
Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembok Besar ini mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
Selain itu, bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biar pun dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda.
Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.
Sumbangan teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar Cina merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina yang unik dan menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.
Konfusianisme
Ajaran Konfusianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada sekitar 551SM. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyarakat Cina telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Konfusius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat Cina.
Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao) Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat.
Globalisasi
Tamadun China yang telah lama bertapak mula berinteraksi dengan tamadun luar apabila orang-orang Cina mula berhijrah ke tempat luar. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil telah menggalakkan penghijrahan orang Cina ke luar sama ada untuk melakukan aktiviti ekonomi atau pun mencari penempatan baru. Penggabungan etnik-etnik Cina yang kemudiannya dikenali sebagai orang Han atau Cina telah membentuk tamadun yang besar dan berpengaruh. Interaksi tamadun China dengan tamadun luar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu interaksi budaya Cina dengan kawasan bulatan budaya dan juga interaksi budaya China dengan kawasan luar lingkaran bulatan budaya.
Sains dan Teknologi
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Dengan penghasilan pelbagai bentuk ciptaan tersebut, tamadun China dikenali sebagai penyumbang utama kepada asas perkembangan teknologi dunia. Kajian arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning Antara teknologi yang lain adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Pada zaman Dinasti Zhou dalam kurun kell hingga ke-3SM, orang Cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi.
Sampoa digunakan pada pertama kalinya oleh ahli matematik China iaitu Xu Yue dalam kurun ke-2SM. Buku Jiuzhang Suanshu (sembilan bab matematik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan tentang kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
Perkembangan perubatan China bermula daripada sistem perubatan Cina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik Yin dan Yang, teori lima elemen, dan juga teori Jing dan Luo. Teori Yin dan Yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri daripada organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori Jing dan Luo merupakan asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran iaitu darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan China seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan moden oleh Barat.
Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun Cina iaitu teknik membuat kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105M. Teknologi pencetakan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Tang (618-906). Buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia Cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dan karbon. Pada zaman tentera Dinasti Tang, pihak militiri telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan Dinasti Han (206 - 220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di China. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang Cina dan digunakan semasa pelayaran.
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Pada peringkat awal permulaannya, budaya China sangat menghargai kemahiran dalam teknologi, khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya China bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi.
Keunggulan teknologi China menarik perhatian dunia Barat dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dari China ke Barat. Ilmu tentang sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China.
Tamadun China merupakan sebuah tamadun pertanian. Oleh sebab itu juga, berlakunya perkembangan dalam bidang biologi Cina. Secara tidak langsung. kita dapat melihat bagaimana haiwan-haiwan tertentu digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi, dan kuda sebagai haiwan tunggangan. Mereka juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan.
Dalam bidang optik pula, saintis China awal telah memberikan perhatian kepada penyongsangan imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum, dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lens).
Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina mengetahui teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Abah-abah yang diikat pada dada juga dihasilkan oleh orang Cina. Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. Ciptaan ini dibawa ke Barat dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan pada masa sekarang.
Teknologi kereta sorong (wheel barrow) pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM. Dari China, kain sutera dibawa ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma. Ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun 199 ke-6. Fosil dikenali buat pertama kalinya di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi.
Kesimpulannya, tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Tamadun China banyak memberikan sumbangan sains dan teknologi kepada dunia. Tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi, tetapi juga pembinaan masyarakat yang beretika dan pemeliharaan alam sekitar.
Ahli Kumpulan (P2E)
Nur Aliya Aqilah
Nur Arissa Safia
Murni Afifah
Comments
Post a Comment