Interaksi Tamadun Asia dan Kesesuaiannya di Malaysia

 INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN KESESUAINNYA DI MALAYSIA


TAMADUN INDIA



PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI YANG MEMPENGARUHI TAMADUN MALAYSIA SERTA PENGAJARAN DARIPADA KEJATUHAN TAMADUN INDIA 



PANDANGAN UMUM


Kepercayaan bahawa terdapat satu tamadun atau peradaban yang sempurna adalah mitos, bukan realiti. Setiap tamadun mempunyai kekuatan-kekuatan (keunikan) dan kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral, agama, falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai ideal. Untuk meneliti dan mengkaji nilai-nilai ideal bukanlah merupakan suatu tugas yang sukar tetapi untuk mengidentifikasikan kelemahan-kelemahan dan memahami sesuatu tamadun itu, menjadi satu cabaran.Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan yang menarik mengenainya iaitu pertama, nilai-nilai ideal dan kontradiksi terhadap nilai-nilai itu; dan keduanya, cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara ini. Inilah dianggap iktibar tamadun India yang menjadi teladan pada zaman moden masa kini. Dalam konteks ini, iktibar dari tamadun India dilihat melalui dua aspek terpenting iaitu pertama, pandangan semesta dan kedua, nilai- nilai.


PANDANGAN SEMESTA

 

Sifat Penerimaan

Sejarah India yang dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman purba, zaman pertengahan dan zaman moden atau masing-masing dikenali sebagai Zaman Hindu, Muslim dan British, telah menyaksikan kedatangan penduduk-penduduk baru dan kemunculan budaya, tradisi, agama,falsafah, bahasa, idea dan sistem baru. Tamadun India dapat meresap, mengubah suai dan kekal dengan elemen- elemen dari dalam dan luar India. Semuanya ini membentuk suatu masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping terdapat perbezaan berdasarkan kasta, kawasan dan bahasa, yang masing-masing membuka ruang dan peluang bagi pembahagian masyarakat.Kepelbagaian dalam masyarakat menyumbangkan unsur-unsur kontradiksi seperti kebaikan dan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi, perpaduan dan tidak bersatu padu, kesetiaan dan ketidaksetiaan, persamaan dan ketidaksamaan, integrasi dan persaingan, kerjasama dan persaingan, persetujuan dan konflik, persamaan dan perbezaan, keadilan dan ketidakadilan, dan perasaan khawatir dan tidak dipedulikan. Tetapi masyarakat India tidak berpecah belah atau tidak menimbulkan keadaan huru-hara walaupun beberapa perubahan antaranya dilakukan dengan kekerasan bukan secara sukarela. Masyarakat India kekal dengan kestabilan walaupun terdapat zaman-zaman yang menyaksikan perubahan pesat dan radikal kerana serangan luar. Ini kerana pandangan semesta India yang menekankan perpaduan dalam kepelbagaian dan dibantu oleh organisasi sosial yang menerima pelbagai unsur sambil menentang perubahan-perubahan.


Sifat Toleransi


Pandangan semesta organik ini mengalami perubahan selepas kedatangan kuasa British ke India. Dasar memperkenalkan pendidikan Inggeris dan usaha-usaha yang dijalankan oleh mubaligh Kristian telah mempengaruhi pemikiran dan perasaan orang India. Mereka mulai menyedari beberapakelemahan dalam masyarakat terutama dalam aspek sosial dan agama lalu mengambil tindakan untuk memperbaharui masyarakat. Mereka melihat masyarakat secara kritis dan dari sudut pandangan rasional dan apa-apa saja yang difikir tidak selaras dengan unsur rasional dan saintifik


 

ditentang. Masyarakat India beransur-ansur menerima pandangan semesta atomistik yang mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian.Mengikut pandangan semesta ini bagi dua benda untuk wujud bersama mereka tidak boleh mempunyai unsur-unsur berkontradiksi. Ketidaksamaan dan perbezaan akan menyebabkan merekapercaya India akan menyaksikan perubahan-perubahan sosial dan agama, usaha untuk menentang pihak British, perjuangan untuk menuntut kemerdekaan, rusuhan antara orang Hindu dengan Muslim,tuntutan untuk negara berasingan bagi orang Muslim, tuntutan oleh kasta-kasta bawahan untuk memperbaiki kehidupan dan kedudukan mereka, usaha-usaha perubahan terhadap kedudukan kaum wanita dan lain-lain lagi. Ini bermakna, ciri-ciri masyarakat yang wujud sejak zaman purba dan zaman pertengahan, dan yang telah diterima, sekarang dipersoalkan dan ditentang.Tamadun India mempunyai atau memiliki mekanisme yang dapat menguruskan pemikiran dan tindakan rakyatnya, supaya dapat mengharmoniskan tendensi berkonflik yang muncul dalammasyarakat bersifat majmuk, dan juga hubungan antara individu terpaksa menghadapi pandangan semesta yang bertentangan. Konsep atau prinsip perpaduan dalam kepelbagaian mula diancam dan India menghadapi pelbagai tuntutan, termasuk tuntutan untuk memisahkan negara.Kedatangan British dan tindakan memperkenalkan pendidikan Inggeris di India telah menyebarkan idea-idea seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesadaran batin. Peranan mubaligh- mubaligh Kristian juga menunjukkan kepentingan nilai-nilai ini. Oleh yang demikian sikap, perspektif, kepercayaan dan pemikiran orang India melalui perubahan utama dan mempengaruhi pandangan semesta yang dipegang selama itu. Pandangan semesta baru mula muncul dalam minda orang India.


NILAI-NILAI


Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.



Dharma

 

Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu danmasyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.Semua fungsi dalam masyarakat adalah penting bagi sesuatu aturan. Amalan mempertingkatkanfungsi adalah percubaan untuk mengedarkan sumber kuasa iaitu yang mempunyai status tertinggitidak mempunyai kuasa politik atau ekonomi, mereka yang mempunyai kuasa politik tidak menguasai sumber kekayaan dan mereka yang menguasai kekayaan tidak mempunyai kuasa politik atau kedudukan tertinggi. Dalam susunan seperti ini fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja buruh. Aturan seperti ini mengesahkan kewujudan sistem Varna dalam masyarakat.Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna. Misalnya,seseorang Brahmin yang berada dalam peringkat brahmacarya diwajibkan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seorang Kshatriya dalam peringkat kedua atau grhastya dikehendaki menceburkan diri dalam pemerintahan atau ketenteraan.Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan seperti vamadharma (bagi vama),jati dharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan stridharma (bagi isteri). Misalnya, rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorangpemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yangmenyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan raja dharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya.Sadharna dharma menekankan sifat-sifat am seperti kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda, tidak mencuri, kebersihan, tidak melakukan kekejaman, kawalan deria, pengetahuan, ikhlas dan tidak marah, yang perlu ada bagi semua manusia.Maka itu, dharma yang dikaitkan dengan tugas. tanggungiawab dan aturan member! makna kepadakehidupan manusia iaitu member! individu identiti dan makna kepada peranannya dalam kehidupankeseluruhan. Manusia tidak mempunyai pilihan bahkan tugas-tugas spesitik dan jaminan bahawa perlakuannya memberi kesan kosrruk dan akhirnya akan membantu dalam usaha untuk melepaskan diri daripada kehidupan duniawi.


Satya


 Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan terdapat dalamsifat semulajadi manusia ialah kebenaran atau satya. Dipercayai bahawa wujudnya suatu kuasa diperingkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa kebaikan itu satya. Jadi satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai sesuatu tujuan.Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama.Doktrin karma yoga iaitu bertindak tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satuajaran penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan satya. Tindakan yang benar/baik dianggap sebagai pencapaian separuh kebenaran (yang merupakan tujuan dasar manusia), tidak memerlukan kita bimbang terhadap hasil tindakan. la bersabit dengan seseorang yang mempunyai tujuan yang mulia dan cara bertindak yang dianggap benar.Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah menggunakan satya sebagai senjata sosial dan politik. Di samping mengumumkan tindakan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British beliau juga sanggup mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan.Beliau menyeksa dirinya dengan mengamalkan tindakan berpuasa sehingga man dengan harapan penderitaannya akan menyentuh perasaan dalaman pihak pemerintah dan juga pihak yang salingbermusuhan iaitu Hindu dan Muslim. Kesemuanya ini dilakukan demi untuk mengekalkan prinsip satya.


Perpaduan


Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah pentingkepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan Musim dan pemerintah-pemerintah yang melakukan sebaliknya.Kerajaan-kerajaan Muslim di India, pada zaman pemerintahan Turko- Afghan yang mendirikankesultanan Delhi mahupun pada pemerintahan Mughal, pegawai-pegawai yang dilantik adalah berdasarkan kebolehan dan bukan berdasarkan agama saereka. Pelantikan seperti ini membantu pentadbir mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat Hindu. Alauddin Hussain Shah (1493-1513) menjadi terkenal di kawasan Bengal bukan sahaja kerana melantik orang Hindu dalam kerajaan tetapi juga kerana naungannya terhadap bahasa dan kesusasteraan Hindu. Atas arahan baginda, kitab Bhagavadgita dan Mahabharata diterjemahkan dari bahasa Sanskrit ke bahasaBengali. Pemerintah Kashmir, Sultan Zainal Abidin dihormati kerana tidak mempunyai prasangkaagama dan tidak bersikap diskriminasi antara masyarakat Hindu dan Muslim. Buku-buku Sanskrit diterjemahkan ke dalam bahasa Persia supaya orang Muslim dapat membaca, memahami agama Hindu dan budaya Hindu purba. Sultan merupakan penaung kepada keseniaan dan kesusastraan Hindu.Pemerintahan Akbar memberikan gambaran dan teladan mengenai apa yang hams dilakukan oleh suatu kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Baginda sedar kepentingan kerajaan sebagai asas kehidupan berkolektif dan bukannya kepentingan agama. Makaitu, baginda bertindak mengasingkan diri dari tradisi yang menerima sistem Khalifah Arab sebagai kuasa atau ketua kerajaan Muslim. Akbar menekankan konsep kerajaan sekular dan tanpa unsur perkauman. Sebaik sahaja Akbar menerajui takhta kerajaan baginda membatalkan cukai jizyah yang dikenakan ke atas rakyat bukan beragama Islam. Antara tindakan-tindakan lain yang menunjukkan kejujurannya menyatupadukan rakyatnya dan mengakui kebebasan individu ialah mengharamkan institusi perhambaan serta menggalakkan sifat persamaan rakyat disisi undang-undang tidak kira kedudukan kelas, kasta atau agama. Semua perkhidmatan kerajaan, sivil dan ketenteraan, dibuka untuk Hindu dan Muslim. Kahwin campur antara ahli-ahli keluarga diraja Mughal dan putera-puteriRajput digalakkan sebagai cara mewujudkan semangat persaudaraan antara Hindu dengan Muslim.Melaluinya juga, sumbangan dan bantuan diberikan kepada masyarakat Hindu, sadhu-sadhu danpundit-pundit Hindu dan disokong oleh kerajaan seperti ulama-ulama Muslim. Geran-gerankewangan diberikan kepada mandir sebagaimana peruntukan diberi kepada institusi masjid.Tindakan juga diambil terhadap sati, iaitu suatu tradisi si balu [wanita] akan membakar dirinya bersama mayat mendiang suaminya, walaupun ia melibatkan adat Hindu atas alasan ia tindakan tidak berperikemanusiaan. Akbar sedar kepentingan untuk mewujudkan suatu budaya am dan dalam hal ini, baginda cuba menggalakkan penggunaan satu bahasa am. Bahasa Urdu merupakan bahasa yang digunakan oleh orang-orang Muslim dan bahasa Hindi oleh orang-orang Hindi, tetapi asas kedua-dua bahasa ini adalah bahasa Persia. Maka itu keutamaan diberikan kepada bahasa Persia bukan sahaja sebagaibahasa rasmi tetapi juga sebagai bahasa pertuturan. Arahan diberi oleh kerajaan supaya semua akaun rasmi disimpan dalam bahasa ini dan semua komunikasi haruslah dijalankan melalui bahasa Persia. Buat kali pertamanya di India, kerajaan membina banyak sekolah dengan pelajar-pelajar Muslim dan Hindu diajar melalui bahasa Persia. Tindakan ini boleh disamakan dengan usaha Maharaja Cina Shih Huang Ti dalam kurun sebelum masehi yang memperkenalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa am.



TAMADUN JEPUN 



TAMADUN JEPUN DARI ASPEK POLITIK, AGAMA DAN PENDIDIKAN YANG RELEVAN DAN BOLEH DIAPLIKASIKAN KEPADA MALAYSIA.


ASPEK POLITIK


Seperti juga di Malaysia, Jepun hari ini mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan dengan ciri-ciri yang tersendiri. Maharaja Jepun sebagai pemimpin tertinggi dan sangat dihormati. Seluruh masyarakat Jepun menganggap Maharaja sebagai lambang perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Berbanding dengan Malaysia, pemerintahan beraja diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada Majlis Raja-Raja Melayu. Kedudukan dan kuasa Maharaja Jepun adalah seperti berikut:


• Maharaja Jepun ialah tunggak pemerintahan dan bertindak sebagai ketua negara dan pentadbiran yang mempunyai kuasa pemerintahannya. 


• Maharaja berkuasa memilih pembesar dan pegawai-pegawai untuk membantu mutlak dalam urusan pentadbiran.


• Maharaja Jepun bertanggungjawab dianggap sebagai pelindung, lambang perpaduan dan keamanan bagi seluruh Negara Jepun. Kedaulatan maharaja Jepun dilegitimasikan berdasarkan konsep 'Mandate of Heaven'.


• Maharaja Jepun mempunyai kuasa yang penuh, Perdana Menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada maharaja. Mandat yang diberikan oleh seseorang maharaja memberi erti yang besar pemimpin dan kehidupan rakyatnya.


Keutuhan politik Jepun juga disebabkan oleh pemodenan sistem ketenteraan dan pertahanan yang dilakukan oleh Meiji. Kepimpinan Syogun dan golongan samurai yang banyak menimbulkan perpecahan dihapuskan dan digantikan dengan angkatan tentera yang moden. Peralatan tentera Jepun yang canggih, terlatih dan berdisiplin menjadikan kedudukan maharaja sangat kukuh dan dihormati.


Masyarakat Jepun meletakkan ketaatan dan kesetiaan hanya kepada seorang maharaja untuk seluruh negara. Berbanding di Malaysia, kesetiaan kepada Yang di-pertuan Agong dan sultan adalah di negeri masing-masing dalam satu persekutuan. Kedudukan Maharaja Jepun dalam pentadbiran negara sangat berfungsi kerana perlembagaan memberi maharaja banyak kuasa. Pemusatan kuasa dan ketaatan rakyat di bawah sistem raja berperlembagaan menjadikan politik Jepun stabil dan situasi tersebut meningkatkan perkembangan ekonomi. Kuasa Maharaja yang banyak dan kedudukannya yang dihormati oleh rakyat menyebabkan maharaja dapat mempengaruhi suasana politik di Jepun. Perbalahan politik di Jepun dapat diselesaikan dengan campur tangan istana sebagai kuasa pengimbang.


ASPEK AGAMA


Terdapat tiga agama besar yang mempengaruhi kehidupan masyarakat Jepun iaitu kepercayaan Shinto, Buddha dan Confucius. Kebanyakan masyarakat Jepun mengamalkan lebih daripada satu kepercayaan menyebabkan ketiga tiga kepercayaan tersebut diamalkan dalam situasi yang berbeza. 


Walau bagaimanapun, ketiga-tiga kepercayaan ini tidak mempunyai konsep ketuhanan yang jelas menyebabkan masyarakat Jepun tidak menjadikan agama sebagai matlamat akhir kehidupan dan kurang pegangan yang kukuh dalam kerohanian. Sistem kekeluargaan dan pemerintahan di Jepun banyak dipengaruhi oleh ajaran Confucius. Ajaran Confucius telah mempengaruhi falsafah dan pemikiran masyarakat Jepun melalui lima prinsip iaitu:


• Hubungan raja dengan rakyat


• Hubungan anak lelaki dengan ayah


• Hubungan adik dengan abang


• Hubungan isteri dengan suami


• Hubungan kawan dengan kawan


Kesemua lima prinsip ini telah melahirkan rakyat Jepun yang mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara. Kepercayaan ini telah membawa kepada semangat berani mati demi maharaja. Ajaran Buddha banyak mempengaruhi masyarakat Jepun dalam bidang seni, menghargai keindahan, falsafah kehidupan, sopan santun dan upacara kematian.


ASPEK PENDIDIKAN


Pendidikan sangat diutamakan dalam kalangan masyarakat Jepun, iaitu khususnya berkembang luas pada zaman Meiji. Jepun mewajibkan masyarakatnya menuntut ilmu dan mendapatkan kemahiran. Setiap rakyat diwajibkan mendapat pendidikan rendah selama lapan tahun dan empat tahun peringkat menengah. Banyak sekolah, universiti telah dibina dan usaha menggalakkan pelajar Jepun belajar di luar negara dilakukan. Ramai pelajar dihantar keluar negara khususnya di Barat untuk menimba ilmu sains, teknologi dan pentadbiran. 


Bidang mata pelajaran sains dan teknologi sangat digalakkan. Tindakan ini menjadikan Jepun merupakan antara negara yang mempunyai kadar buta huruf yang sangat rendah di dunia pada ketika itu dan juga sekarang. Sikap pemimpin Jepun yang bersungguh-sungguh dalam pembangunan pendidikan menyebabkan pada tahun 1871, Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan. Sistem pendidikan Jepun dibahagikan kepada lima peringkat; tadika, sekolah rendah, sekolah menengah peringkat rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (3 tahun) dan peringkat universiti. Sistem pendidikan ini diasaskan dan dikekalkan sejak zaman pemerintahan Meiji lagi.


Berbanding dengan Malaysia, sistem tersebut hampir sama iaitu peringkat tadika, sekolah rendah (6 tahun), sekolah menengah (6 tahun termasuk pelajar menengah atas) dan seterusnya peringkat universiti. Setiap keluarga di Jepun membelanjakan wang yang banyak untuk pelaburan pendidikan anak-anak. Persaingan dalam sistem pendidikan telah wujud sejak tadika lagi. Sikap masyarakat Jepun yang mengutamakan pelajaran inilah yang sepatutnya menjadi contoh.


Keghairahan Jepun memajukan sistem pendidikan tidak mengorbankan nilai dan tradisi budaya Jepun. Semua pembaharuan disesuaikan mengikut kehendak masyarakat Jepun. Seluruh sistem pendidikan memenuhi keperluan kebangsaan Jepun, iaitu menjadi warganegara yang terlatih, berdisiplin, menghormati maharaja dan negara Jepun. Di Malaysia pula, Falsafah Pendidikan Negara menekankan keseimbangan unsur rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial.



FAKTOR YANG MEMPERCEPATKAN PEMODENAN JEPUN



  • Jepun merupakan negara satu bangsa (homogeneous) dan tidak menghadapi masalah dari segi ras, agama, bahasa, kasta dan kebudayaan.

  • Sikap mengutamakan pelajaran dan pendidikan

  • Sikap bersungguh-sungguh dan pragmatik dalam pekerjaan

  • Masyarakat yang stabil

  • Disiplin dan ketaatan

  • Sikap bersaing

  • Rangsangan pengalaman pahit dalam Perang Dunia ke-2 dan kesedaran untuk

            bangkit semula.

  • Kebijaksanaan Maharaja Jepun dan pemerintah mengimbangkan kuasa dengan Barat menyebabkan Jepun tidak menghadapi kerugian kerana kehadiran Barat seperti negara-negara lain yang dijajah. Hubungan tersebut menyebabkan Jepun dapat meningkatkan ekonominya dan perkembangan ilmu dan pemindahan teknologi yang pesat.

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA : SUMBANGAN DAN PERANAN TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM, CINA, INDIA DAN JEPUN.

INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN KESESUAINNYA DI MALAYSIA - TAMADUN CINA