TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA : SUMBANGAN DAN PERANAN TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM, CINA, INDIA DAN JEPUN.


TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA : SUMBANGAN DAN PERANAN TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM, CINA, INDIA DAN JEPUN.

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM



  1. IBNU SINA


Ibnu Sina (  370 – 438 H / 980 – 1037 M )

 

Nama penuh beliau ialah Abu Ali Hussien bin Abdullah  b. Hassan b. Ali Ibn. Sina.  Beliau juga  dikenali  sebagai Avicenna di kalangan orang Eropah.Ibn Sina  dilahirkan di Bukhara, Turkistan pada 424H/980M.  Beliau meninggal pada 483H/1037M ketika berusia 57 tahun.

 

Latar Belakang Pendidikan

 

Sejak kecil lagi Ibnu Sina telah mempelajari pelbagai  bidang ilmu agama; tauhid , fekah dan  tasauf dari keluarganya. Pada umur 10 tahun  beliau telah berjaya menghafaz Al - Quran. Seterusnya beliau telah mendalami ilmu dalam bidang  perubatan, fizik,  matematik dan astronomi. Pada umur 17 tahun beliau telah diiktiraf sebagai doktor perubatan. Ibnu Sina telah berjaya menghasilkan sebuah buku utama menjadi rujukan terkenal di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai mutiara dalam bidang perubatan iaitu  Qanun Fi al - Tib ketika berusia 18 tahun.

 

Sumbangan-sumbangan Ibnu Sina

 

Ibnu Sina telah meninggalkan beberapa buku yang  bermutu tinggi terutama dalam bidang perubatan, falsafah, mantiq dan fizik. Buku Qanun Fi al -Tib yang menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah perubatannya.  Diantara Penyakit yang menjadi kajian beliau adalah jantung, penyakit TB. saluran darah, ulser, psikologi, penyakit saraf, bengkak otak dan penyakit kanak-kanak. Beberapa penemuan baru beliau pada masa itu ialah ubata-ubatan herb. Mineralogi dan bius. Buku ini merupakan buku rujukan bidang yang muktabar dalam bidang perubatan yang telah diterjemahkan kedalam berbagai bahasa asing, termasuklah bahasa Latin dan Inggeris. Di samping itu beliau juga menemui beberapa perkara tentang sifat logam, pembentukan lembah dan huraian roh. Penemuan-penemuan amat penting dalam dunia perubatan dan sebagainya.

 

Karya- Karya Terkemuka

 

1.          Qanun fi al - Tib ( perubatan )

2.          Kitab al - Sifat ( perubatan )

3.          Kitab al- Najah

4.          Kitab al - Isyarah ( berkaitan alam tabie )

5.          As-Syifa’ Fil Hikmah

 

 

Bidang Matematik

 

Bidang matematik adalah satu bidang yang penting untuk urusan kehidupan seharian seperti urusan muamalat, pembahagian harta pusaka dan sebagainya. System nombor yang bermula dengan sifar  (0) adalah berasal dari pengaruh Islam, fungsi kuadretik ( x2 + 2x +1 = (x + 1) (x +1), Trigonometri Sin A Sin B = Sin C.

   a     b       c

Pecahan dalam pembahagian pesaka jelas dinyatakan dalam al-Quran iaitu ½, 1/3, ¼, 1/6  dan sebagainya.




  1. IBNU KHALDUN


Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunisia pada 1 Ramadhan 732H Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SpanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunisia pada waktu itu.

 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantiq. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

 

Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.

 

Sumbangan-sumbangan Ibnu Khaldun

 

Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness. Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

 

Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.

 

Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

 

Manusia dan Ekonomi

 

Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.

 

Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

 

Teori Pengeluaran

 

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yangmahir dan cekap.

 

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith

 

  1. IBNU RUSHD

 

Lebih dikenali di barat dengan nama "Averroes". Lahir di Kota Cordova, Sepanyol. Nama sebenar: Abu Al Walid Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ahmad Bin Rushd. Gelaran: "Pendita Abu Walid". Pernah menjadi hakim di Kota Seville dan Kota Cordova.

Falsafah Hidup

Hidup sederhana dan bersahaja tanpa mempedulikan tentang pakaian, harta benda atau masa depan. Bersifat pemurah kepada semua orang meskipun mereka yang pernah memusuhi atau menghinanya. Bersifat rendah diri terutama kepada orang-orang miskin, tetapi mengambil berat tentang harga diri, maruah dan pantang merendah diri kepada orang-orang yang berpangkat besar.

Sumbangan

1.    Kuliliyah fit - Thibb - mengandungi 16 jilid mengenai perubatan secara umum.

2.    Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah).

3.    Tafsir Urjuza - mengenai perubatan dan tauhid, Taslul.

4.    Kasyful Adillah - tentang ilmu kalam & mengungkap persoalan falsafah & agama.

5.    Tahafatul Tahafut - mengulas buku Imam Al-Ghazali berjudul Tahafatul Falaisafah.

6.    Muwafatil Hikmah Wal Syari'a -membicarakan persamaan falsafah dengan agama.


 


  1. Al- Biruni ( 973 M / 362 H - 1048 H / 440 H )

 

Nama penuh ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Dilahirkan di Farsi tahun 362 H / 973 M. Beliau adalah seorang putera Raja Parsi. Di peringkat awal beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani seorang pakar matematik. Beliau adalah seorang sarjana terkenal pada akhir abad ke- 4 Hijrah / ke 10 Masehi. Al-Biruni mahir geometri, algebra dan matematik. Disamping pakar dalam bidang matematik beliau juga merupakan pakar dalam bidang  astronomi, sejarah dan bahasa.

 

Sumbangan-sumbangan al-Biruni

 

Antara karya  beliau yang terkenal ialah  Ensaiklopedia Rasa il al- Biruni iaitu sebuah rujukan agung dalam bidang matematik dan astronomi. Al-Biruni telah menghasilkan pelbagai teori yang penting dalam bidang matematik dan astronomi. Antaranya ialah Teori Alam Semesta di mana beliau menjelaskan bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Sejajar dengan ajaran agama Islam yang menegaskan kekuasaan Allah Tuhan pencipta alam. Al- Biruni telah menolak Teori Graviti sebagai kuasa utama di dunia ini. Al-Biruni juga mengkaji tentang sistem solar, panjang tahun solar, pergerakan matahari, proses kewujudan fajar dan senja.

 

Karya  beliau menjadi rujukan para sarjana masa lalu dan masa kini di antaranya.

 

1.         Rasail al- Biruni

2.         Sina at al- Tanjim ( Seni Astronomi )

3.         Ta bir  al- Mizan wa Taqbir al- Azman.

4.         Al-Tahdid.

 

  1. Al-Khawarizmi ( 780-850 M )

 

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al - Khawarizmi adalah bapa Algebra.  Beliau lebih dikenali sebagai Al-Khawarizmi, seorang ahli sains Islam yang  terulung dalam bidang matematik.  Beliau juga merupakan seorang  ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada  zamannya.

 

Hasil kajiannya dalam bidang algebra sangat cemerlang. Beliau berjaya membangunkan penyelesaian analitikal dalam penembangan garis lurus serta persamaan kuadratik dan kaedah penyelesaiannya.  Beliau juga telah membangunkan sistem  algoritma yang merupakan asas kepada teori pengaturcaraan komputer  serta  teori geometri.

 

Al-Khwarizmi juga merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia iaitu pada tahun 830 Masihi, sepuluh tahun sebelum beliau meninggal dunia. Karya utama beliau ialah:

 

1.               Kitab al - Jam awal -Tafreeq bil Hisab al - Hindi.

2.               Al - Tarikh

3.               Al - Maqala fi Hisab – al Jabr wa-al-Muqabilah (Algebra)

4.               Kitab Surat al-Ard  (geografi)

 

 

Bidang Kesenian Dan Seni Bina

 

Seni bina adalah sebagai keindahan yang dicetuskan dalam kemahiran binaan dan pertukangan merangkumi segala rekabentuk yang berupa bangunann yang diperbuat dari kayu, batu, marma , kaca dan sebagainya. Senibina merupakan sebahagian dari bidang kesenian dan merupakan sebahagian dari kebudayaan dan ketamadunan yang dihasilkan oleh kelompok manusia.

 

Manusia akan merasa takjub senang dan tenang dengan keindahan yang di cipta oleh manusia sebagai suatu hasil usaha dan kemajuan yang dicapai. Kehalusan seni bina tetap disanjung selagi ianya dapat diperalatkan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh. Masjid, rumah, istana dan sebagainya jika dibina dengan asas keimanan dan ketaqwaan adalah lambang kesenian Islam yang boleh dibanggakan.

 

Masjid pertama dalam Islam adalah masjid Quba’. Tiangnya dari batang tamar, atapnya pula dari daun tamar. Azan dilakukan dari atas bumbung rumah berdekatan. Rumah Rasulullah membina rumah baginda 100 hasta persegi. Tiangnya dari batang tamar dan dindingnya dibuat dari kepingan tanah. Rasulullah saw juga membina bangunan kaabah yang telah rosak dilanda banjir.

 

Kesenian Islam adalah  inspirasi dari al-Quran dan Kesenian Kerajaan Rom dan Farsi. Bangunan-bangunan di zaman kegemilangan Islam dihiasi dengan archa, kaca, ukiran warna warni, khat, awan larat dan lain-lain. 




TOKOH-TOKOH TAMADUN CINA



  1. KUNG FU ZDE

 

Kung Fu Zde Dilahirkan pada 551 s.m. Beliau berasal dari keturunan bangsawan. Pernah menjadi guru pada umurnya 20 tahun. Beliau merupakan pengamal Ajaran Confunisme. Masyarakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti

Ò  perkemanusiaan (ren)

Ò  kesusilaan (li)

Ò  ketaatan kepada ibu bapa (xiao).

 

Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat Beliau dilantik menjadi menteri keadilan kerana banyak ilmu berkait dgn kerajaan dan pentadbiran. Kemudian menjadi perdana menteri di Wilayah Lu selama 13 tahun.

 

Beliau telah mengembara dari satu wlayah ke satu wilayah utk menasihati pembesar negeri ttg cara pentadbiran yg baik. Ajaran confusius dapat diperolehi dari 2 buah buku iaitu Klasik confucius dan Analekta. Buku ini ditulis setelah mebuat pemerhatian ttg kelemahan2 yg wujud dlm masyarakat terutama dalam pentadbiran spt tidak amanah dan masalah moral. Beliau berpendapat jika jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka negara kan berkeadaan baik dan aman. Beliau percaya moral yg baik boleh membantu menjadikan pemerintahan yg baik serta menjadi harta yang paling penting utk dimiliki oleh semua pemerintah.

 

PENDAPAT – BENTUK HUBUNGAN DALAM MASYARAKAT

 

1) Hubungan bapa Dengan anak iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus bertanggungjawab terhadap org tua.

 

2) Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur dgn isteri dan isteri harus tunduk serta mendengar kata suami.

 

3) Hubungan saudara tua dengan muda

 

4) Hubungan raja dengan pegawai

 

5) Hubungan antara sahabat di mana kejujuran menjadi pedoman dlm hidup.

 

Kesimpulannya hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan kebaikan serta sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi nescaya berlaku pecah belah dan huruhara di kalangan rakyat.

 

 

  1. CHENG HO.

 

Cheng Ho dikenali juga sebagai Mah Sam Po . Beliau dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan (1371). Meninggal dunia beserta perahunya hancur luluh ketanah tepat di Bangkalan(1435). Merupakan pelaut/pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China.. Pernah belayar ke Asia Tenggara, Sumatra, Pulau Jawa, Sri Lanka, India, Parsi, Semenanjung Arab, Mesir, dan Afrika jauh ke selatan sehingga ke Selatn Mozambique.

 

Beliau telah meluaskan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia, menonjolkan kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia, mengumpul cukai, mengasaskan koloni wilayah naungan, mengemukakan maklumat tentang wilayah asing, mendapat bantuan bagi mengatasi serangan Mongol.




TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA




  1. MAHATMA GANDHI

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.


Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya. Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.


Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam. Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".


Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut. Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.


Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.


Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi. Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).


Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.


Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi:

"(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."


Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.




  1. SIDHAHARTA GAUTMA BUDDHA

Sidhaharta Gautma Buddha nama aslinya ialah pangeran Siddhartha.  Beliau merupakan pendiri Agama Buddha (563 SM - 483 SM), dilahir di Lumbini. Putra raja Kapilavastu, timur laut India. Beliau mengelarkan  dirinya sebagai BUDDHA bererti orang yang diberi penerangan


Guatama Buddha adalah seorang ahli fikir dari India dan juga pengasas agama Buddha. Beliau adalah anak kepada ketua kasta pahlawan sakya dan dikenali sebagai Siddartha pada masa mudanya dan kemudiannya sebagai sakyamuni, iaitu orang bijaksana sakya. Panggilan Gautama Buddha sebenarnya merupakan kombinasi nama keluarganya, gautama dengan perkataan Buddha iaitu orang yang telah diberi pengajaran. Pokok ajaran Buddha yang menurut istilah penganutnya “Empat kebajikan kebenaran”:


  • Kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia

  • Sebab musabab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri serta terbelenggu oleh nafsu

  • Pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat ditekan habis apabila segala nafsu dan hasrat dapat ditiadakan (nirvana)

  • Menimbang benar, berfikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.




TOKOH-TOKOH TAMADUN JEPUN



  1. TOKUGAWA IEYASU


  • Tokugawa Ieyasu Lahir di Okazaki (31 Januari 1543) – meninggal di Shizuoka (1 Jun 1616).Dilahirkan dengan nama Matsudaira Takechiyo Merupakan daimyo dan shogun (Jeneral) di Jepun.

  • Memerintah dari tahun 1600 (resminya 1603) hingga turun takhta pada tahun 1605. Pada tahun Mac 24 1603, Ieyasu digelar sebagai Shogun dan mentadbir dengan menggunakan sistem Tokugawa Shogunate. 

  • Dikuatkankuasa di Jepun selama 200 tahun sebelum kebangkitan Meiji. 

  • Telah menyatukan semua negeri-negeri kecil. Pemerintahan masih bercorak feudal namun terdapat 3 tahap pentadbiran: Tairo (majlis penasihat agung), Roju (majlis tertua) dan Hyojosho (majlis kehakiman). Pemerintahannya dijalankan dengan cara diktator militer yang kejam. Kekuasaannya cenderung bersifat diktator militer yang kejam. Kekuasaannya cenderung bersifat absolut seperti di dalam disiplin organisasi kemiliteran.

  • Mengamalkan dasar pintu tertutup (perdagangan hanya diizinkan dengan kapal yang datang dari Tiongkok/Belanda sahaja).

  • Samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa.



  1. MAHARAJA MEIJI

Maharaja Meiji (3 November 1852±30 July 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 mengikut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867 sehinggalah hari kemangkatan baginda.Nama diri baginda adalah Mutsuhito .Maharaja Meiji dilahirkan oleh salah seorang gundik diraja iaitu Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei. Semasa keputeraan baginda pada 1852, Jepun sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan mengamalkan sistem feudal yang didominasi oleh Syogun Tokugawa dan daimyo (tuan tanah) yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara.

Pada 11 November 1860 baginda secara rasminya telah disytiharkan sebagai Putera Raja dan dikurniakan nama diri Mutsuhito. Pada 2 September 1867, Baginda telah mengahwini Masako (kemudiannya Haruko). Selepas kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat.Oleh sebab pemerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan Kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji.

Maharaja Meiji adalah simbol kepimpinan dalam era Pemulihan Meiji dimana pemerintahan Syogun Tokugawa digulingkan oleh tentera diraja ketika Peperangan Boshin.Pengenalan kepada sistem baru dalam Kerajaan Meiji telah menghapuskan sistem feudal dan mengisytiharkan sistem pemerintahan demokratik untuk kerajaan Jepun.Walaupun Parlimen telah dibentuk, namun ianya tidak mempunyai kuasa begitu juga dengan Maharaja Meiji.Kuasa telah diberikan oleh Tokugawa kepada tangan daimyo yang mana telah membawa kepada Pemulihan.Jepun sebenarnya dikawal oleh Genro, pemerintah oligarki yang mana mempunyai tentera, kuasa politik dan kuasa ekonomi yang kukuh. Maharaja Meiji menunjukkan kekuasaan politiknya yang lebih lama berbanding dengan pemerintah sebelumnya kerana dia adalah monarki Jepun yang pertama yang masih di atas takhta selepas 50 tahun semenjak pelepasan takhta oleh Maharaja Ogimachi pada tahun 1586.

Zaman Pemulihan Jepun adalah satu kebanggaan kepada negara Jepun kerana membawa pemodenan di Jepun dan menjadi kuasa yang menonjol di Asia Pasifik. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan. Selepas kemangkatan baginda, Jepun telah mengalami perubahan dari segi politik, sosial dan industri dan kemudiannya menjadi salah satu kuasa besar di peringkat antarabangsa.


SUMBANGAN DAN PERANAN MAHARAJA MEIJI

Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunan dan Tokugawa. Pemerintahan Jepun diambil alih oleh Maharaja meiji bermula pada tahun 1868 dan berakhir pada tahun 1912. Di bawah pemerintahan Maharaja Meiji, Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi yang besar dalam sejarah negara itu sendiri. Banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau sebagai ketua masyarakat Jepun, antara langkah yang paling signifikan adalah dengan memindahkan ibu negara Jepun pada masa itu, Kyoto ke Edo.Kemudiannya, pada tahun 1868, Edo telah ditukarkan kepada Tokyo.



PENGHAPUSAN SISTEM FEUDAL

Seterusnya era pemerintahan Meiji juga menyaksikan penghapusan sistem feudal lama yang dipraktikkan dalam sistem pemerintahan Jepun sebelumnya. Oligarki Meiji telah mempengaruhi golongan- golongan daimyo ataupun tuan tanah supaya menyerahkan tanah secara sukarela kepada maharaja yang mana membawa kepada penghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos 1871. Sistem hierarki sosial yang diaamalkan dahulu juga dihapuskan, dan golongan samurai juga telah kehilangan hak istimewa dan hak mereka menggunakan pedang di tempat-tempat awam. Pada September 1871 samurai secara rasminya diharamkan menggunakan pedang dan juga hilang status sebagai pahlawan.



PEMODENAN SISTEM ANGKATAN TENTERA DAN LAUT

Selain melaksanakan evolusi dalam sistem pemerintahan Jepun, beliau juga telah memodenkan angkatan tentera darat dan juga tentera laut. Sesuai dengan doktrin sebuah negara kaya dan tentera yang kuat, bercontohkan negara dari barat, kerajaan Jepun yang dipimpin oleh Meiji telah memperkenalkan sistem ketenteraan moden yang terdiri dari rakyat biasa( helmin ) yang mana berusia 20 tahun ke atas, dan sistem ini. Aspek pendidikan juga tidak dilupakan dalam melaksanakan evolusi dalam memperbaharui negara Jepun dan Maharaja Meiji sendiri sedar pendidikan merupakan asas terpenting dalam usaha untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dan militari yang moden dan sistematik. Beliau juga berpendapat bahawa pendidikan merupakan asas yang paling penting sekali dalam usaha untuk membina sebuah negara yang kukuh, dan berlandaskan pandangan beliau, pelbagai usaha yang dilaksanakan bagi memastikan aspek pendidikan tidak diabaikan dikalangan rakyat Jepun. Beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri bagi mempelajari sains, pentadbiran, dan juga teknik perindustrian barat, manakla pakar-pakar, golongan professional,serta pakar teknologi barat telah digaji oleh kerajaan Jepun untuk mengajar berbagai kemahiran kepada rakyat-rakyat Jepun . pada tahun 1871, kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan dan pada tahun 1872 pula, Jepun telah dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dimana setiap kawasan akan mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Di jepun, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas akan menerima pelajaran wajib selama 16 bulan dan menjelang tahun 1880 terdapat hampir 28 000 buah sekolah rendah dengan jumlah murid yang hampir 2 juta. Seterusnya, pada tahun 1886 Menteri Pelajaran Jepun Jepun pada masa itu, Mori Arinori memperkenalkan satu sistem iaitu, -pelajaran sekolah rendah diwajibkan selama 8 tahun dan sekolah menengah pula menawarkan kursus selama 4 tahun. Sekolah-sekolah tinggi- sekolah teknikal peringkat tinggi ditubuhkan meliputi bidang perubatan ,sains ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan , perikanan dan lain-lain.

Pusat tertinggi sistem pendidikan Jepun ialah Universiti Di raja Tokyo yang ditubuhkan pada tahun 1886 dan seterusnya beberapa buah lagi universiti Di Raja telah ditubuhkan di Sapporo, Kyoto, dan juga Fukuoka. Seluruh sistem pelajaran pelajaran tertakluk kepada keperluan negara yang mana menuntut rakyat menjadi warganegara yang terlatih dan penuh dengan ilmu pengetahuan serta berdisiplin, dan pada tahun 1890 perintah Diraja mengenai pendidikan telah dikeluarkan yang menyatakan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi di Jepun.



UNDANG-UNDANG

Dalam sistem perundangan pula, sistem perundangan yang moden telah

dibentuk bagi mengkaji semula perjanjian yang dianggap tidak adil antara Jepun dengan kuasa barat yang ditandatangani antara tahun 1850-1860-an.Gustave Roissonade de Fontorabe dilantik sebagai penasihat Kementerian Keadilan Jepun pada tahun 1873 dan beliau ditugaskan untuk menggubal undang-undang jenayah moden yang dikuatkuasakan pada tahun 1882. Manakala, undang-undang sivil dan perdagangan yang telah digubal, telahpun diluluskan pada tahun 1888-1889. Dan dengan memodenkan sistem perundangan, Maharaja Meiji telah pun berjaya mengatasi masalah-masalah yang timbul berikutan perjanjian berat sebelah dengan negara-negara barat.


KESUSASTERAAN

Seterusnya, pada waktu pemerintahan Meiji, minat dalam bidang kesusasteraan

barat telah berkembang terutamanya dalam penterjemahan hasil karya tokoh barat yang terkenal seperti Homer, manakala Shakespeare dan Voltair telah mendapat sambutan yang baik, khususnya dari golongan- golongan elit dan penterjemah yang terkenal pada zaman itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat didikan di Universiti Edinburgh, berikut ialah hasil karya yang diterjemahkan oleh beliau ;

1) Ernest Maltravers 

2) The Bride of Cammermoor

3) Romeo and Juliet

4) The Last Day of Pompei


Terdapat juga karya-karya lain seperti Round The World in Eighty Days dan A Journey to the Moon secara tidak langsung telahpun merangsang minat masyarakat dan secara tidak langsung memudahkan rakyat menerima segala idea, pengetahuan, sains, pemikiran, pelajaran serta kebudayaan, hasil dari negara barat. Selain itu, terdapat juga perubahan citarasa dalam bidang kebudayaan seperti muzik, seni tari, lakonan san juga seni lukis serta drama drama, dan kumpulan yang bertanggung jawab memulihkan dan memperbaharui seni-seni warisan tradisional ialah kumpulan Okakura Tenshin dan juga Shimomura Kanzon. Dalam pada masa yang sama, muzik gaya Barat juga bertambah popular dan disukai. Tarian ballroom menjadi kegilaan golongan ± golongan elit dan piring-piring hitam ada dijual di pasaran dan minat terhadap alat-alat muzik dan gaya muzik tradisional tidak dilupakan. Sebagai contoh,Gagaku yang merupakan muzik diraja yang hanya dimainkan di istana raja diberi keutamaan dalam sesuatu majlis rasmi dan juga upacara keagamaan, manakala instrumen-instrumen tradisional Jepun seperti Shakuhachi(seruling buluh) ,koto (alat muzik bertali) dan samisen (alat muzik bertali tiga) diberi nafas baru. Pengusaha- pengusaha filem Jepun juga dapat mengutip pulangan yang lumayan hasil daripada filem yang telah dipetik dari adegan bu ki (seni

drama). Panggung wayang yang pertama di jepun dibina pada tahun 1903 dan pada akhir era Meiji, industri perfileman Jepun berkembang pesat ditambah dengan penggunaan teknologi yang moden.


IDEOLOGI DAN KEAGAMAAN

Selain aspek kesusasteraan, aspek ideologi dan agama turut dititikberatkan dalam usaha Maharaja Meiji bagi membentuk negara Jepun yang baru.Idealogi negara sangat penting dan ianya berperanan meninggikan semangat cintakan negara atau nasionalisme. Meiji telah memperkenalkan ideologi yang mana prinsip ini menekankan keunggulan kerohanian masyarakat jepun . Rakyat juga diseru supaya menunjukkan taat setia sepenuhnya kepada raja dan negara dan agama Shinto Negara telah dijadikan agama rasmi di Jepun.


EKONOMI PERTANIAN

Langkah penting yang diambil oleh kepimpinan Meiji ialah dengan menjalan pemodenan dalam bidang pertanian dan berpendapat bahawa sebuah ekonomi moden berasaskan industri kapitalisme merupakan kunci utama kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme. Proses ini didorong oleh beberapa faktor ± negara mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat, sektor pertanian tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan, kerajaan mengalami masalah kekurangan yang teruk dalam perdagangan luar negeri dan menyelesaikan masalah ini dengan menambah kuantiti dan jenis perindustrian ke negara asing. Pihak kerajaan asing juga menyedari kelas samurai yang begitu ramai perlu diberi pekerjaan  kerana pihak kerajaan tidak mampu untuk terus membayar pencen kepada mereka.

Proses pemodenan ekonomi bermula dengan pembangunan sektor pertanian yang merupakan dominasi dalam hasil jumlah pendapatan Jepun dalam tahun 1870-an dan 1880-an. Sistem pembayaran cukai juga mengalami perubahan dengan menggantikan cara pembayaran lama iaitu dengan menghapuskan cara pembayaran cukai dengan hasil tanaman oleh petani. Oleh sebab itu para petani perlu membayar cukai dengan wang tunai iaitu sebanyak 3 peratus daripada nilai tanah sama ada hasil tuaian baik atau tidak. Penuntut dalam jurusan pertanian juga dihantar ke luar negeri dan khidmat pakar asing juga diambil untuk berkhidmat. Banyak kawasan baru telah dibuka bagi menggalakkan perkembangan tanaman komersial seperti teh, sutera dan lain-lain lagi.


EKONOMI PERINDUSTRIAN

Pemimpin Meiji meletakkan asas bagi perkembangan perindustrian dengan membina industri baru yang berasaskan perdagangan. Penekanan telah diberikan dalam bidang industri pertahanan seperti pembinaan kapal, peralatan perang dan lain- lain lagi. Industri pertahanan yang terbesar dalam tempoh 1870 hingga 1880 ialah limbungan kapal tentera laut yang terletak di Yokusuka. Dua buah kilang besar juga telah dikelolakan oleh kerajaan di Tokyo dan Osaka untuk membuat meriam, senapang dan peluru serta tiga buah kilang untuk membuat ubat bedil di Tokyo dan daerah Gumma.

Kekurangan kemudahan teknologi dan pengurusan yang cekap menyebabkan usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan modal perindustrian untuk melabur dalam bidang industri baru. Selain itu, kegagalan ini juga disebabkan oleh keengganan saudagar-saudagar kaya untuk melabur kerana lebih suka menjalankan aktiviti perniagaan secara tradisional. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan menubuhkan beberapa industri pembuatan seperti kilang penggulungan sutera moden, kilang memintal kapas, kilang benang bulu kambing, kilang simen dan kilang kaca. Kerajaan telah menyerahkan industri ini kepada beberapa syarikat Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan beberapa syarikat lain lagi kerana memerlukan wang untuk melengkapkan industri

pertahanan. Hal yang demikian meletakkan asas bagi kewujudan penggabungan industri yang dikuasai golongan pemodal kaya yang dikenali sebagai Zaibatsu. Kumpulan Zaibatsu berkembang menjadi konglomerat yang memainkan peranan penting dalam menukarkan Jepun kepada sebuah negara perindustrian.


DASAR KEWANGAN DAN FISKAL

Kementerian Kewangan telah dipertanggungjawabkan untuk membentuk sistem mata wang yang seragam. Pada zaman pemerintahan kesyogunan Tokugawa pelbagai jenis wang kertas dan syiling telah dikeluarkan. Pada tahun 1868, kepelbagaian jenis mata wang ini telah dingantikan dengan wang kertas Kementerian Kewangan yang dikenali dengan ajoka nsa tsu. Unit mata wang ini juga ditukar daripada Ryo kepada  Yen yang digunapakai sehingga hari ini. Kadar nilai tukaran mata wang Yen Secara kasarnya mempunyai nilai yang sama dengan dolar AS. Kerajaan juga menanggung inflasi dan penurunan nilai mata wang akibat penggunaan jumlah wang yang begitu besar dalam memodenkan negara Jepun selain daripada memeperkembangakan bidang komunikasi, pembayaran pampasan kepada tuan feudal menumpaskan pemberontak golongan samurai dan lain-lain lagi. Namun demikian, masalah ini dipulihkan setelah Count Matsukata Masayoshi menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1880. Beliau menangani masalah ini dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada tembakau dan wain. Subsidi kerajaan kepada pelbagai jenis syarikat dikurangkan dan dasar pengambilan pekerja dikurangkan. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Matsukata ini membolehkan kerajaan menarik kembali wang kertas yang diedarkan oleh pihak kerajaan seterusnya mengurangkan inflasi. Satu sistem kredit moden diperkenalkan dan beberapa buah bank rasmi dan separa rasmi diwujudkan. Bank Yokohama Spice (1880) telah dijadikan bank asing yang utama, Bank of Japan (1882) menjadi fiskal kerajaan dan Bank Hypothec sebagai badan pusat bank- bank perindustrian di 47 wilayah di Jepun. Menjelang 1882, 143 buah bank kerajaan dan separa kerajaan telah ditubuhkan.


POLITIK


Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3 Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :-

i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen;

ii. Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran;

iii. Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan;

iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang- orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam;

v. Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu

dihapuskan.

Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi. Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. Pemerintah Meiji juga telah menamatkan sistem µclass Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistimewaan-keistimewaan sebagai rakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.Pada 11 Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji (Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.


Comments

Popular posts from this blog

INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN KESESUAINNYA DI MALAYSIA - TAMADUN CINA

Interaksi Tamadun Asia dan Kesesuaiannya di Malaysia