Interaksi Tamadun Asia dan Kesesuaiannya di Malaysia
INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN KESESUAINNYA DI MALAYSIA TAMADUN INDIA PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI YANG MEMPENGARUHI TAMADUN MALAYSIA SERTA PENGAJARAN DARIPADA KEJATUHAN TAMADUN INDIA PANDANGAN UMUM Kepercayaan bahawa terdapat satu tamadun atau peradaban yang sempurna adalah mitos, bukan realiti. Setiap tamadun mempunyai kekuatan-kekuatan (keunikan) dan kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral, agama, falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai ideal. Untuk meneliti dan mengkaji nilai-nilai ideal bukanlah merupakan suatu tugas yang sukar tetapi untuk mengidentifikasikan kelemahan-kelemahan dan memahami sesuatu tamadun itu, menjadi satu cabaran.Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan yang menarik mengenainya iaitu pertama, nilai-nilai ideal dan kontradiksi terhadap nilai-nilai itu; dan keduanya, cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara ini. Inila...